Wednesday, April 22, 2009

RAHSiA tarikh lahir.....................

yg nie pun aku REmBat dr fs mbr aku....
dh xde idea r nk tulih pe dlm blog aku nie..........

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra.Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu
menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi
kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan
pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan
daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan
yang telah terjalin

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya
perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih
suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya
yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati
olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar
dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia
bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri
adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba
mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan
yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal
utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah
untuk di mengertikan.

Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan
yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah
berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal
cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar
partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati
dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang
lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat
kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang
optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun
begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah
dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia
disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah
mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang
& jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu
dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.
Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada
teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari
teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana
yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan
yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia
adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan
rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya......
Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun
begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta
dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang
terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang
yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan
menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian
rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan
penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani
kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani
dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk
dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia
tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam menghadapi
sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi
sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan
terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk
lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun
begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia
disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun
buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada
orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia
diberi jolokan seniman....



anda semua tryla baca …pastu tryla
tengok diri sendiri tu tentang khasiat dan kelebihannya…insyallah//



No comments: